Home >> Pindahan NCD dari kereta lama ke kereta baru

Pindahan NCD dari kereta lama ke kereta baru
No Claim Discount (NCD) biasanya ditawarkan kepada pemilik kenderaan sekiranya tiada sebarang tuntutan insurans dalam tempoh setahun pemilikan insurans.

Biasanya, pemilik kenderaan yang tidak membuat sebarang tuntutan insurans boleh menikmati kadar pengurangan diskaun sehingga maksimum 55%.


Andai kata, kereta lama anda sudah ada NCD 55%, tetapi anda nak jual kereta lama dan tukar kereta baru. Macam Mana?

Jangan risau, pemilik kenderaan boleh pindah NCD kereta lama ke kereta baru dengan syarat kereta baru yang dibeli didaftarkan di bawah nama dan nombor kad pengenalan pemilik yang sama.

Boleh baca Senario berikut:
Ada kawan habaq : Aku baru beli Insurans kereta bagi Perodua Axia spec G , cover nilai RM20k. murah ja. Harga Insurans tak sampai RM400.

Kebetulan anda juga mempunyai sebuah Perodua Axia Spec G. Tapi, masa anda nak renew Insurans tersebut, diberitahu oleh ejen insurans, kos bayaran utk cover RM20 ribu sebanyak RM600😭😭

Kenapa beza RM200? padahal cover sama je RM20k. model kereta pun sama.

Mungkin NCD kereta tu berbeza. NCD = No Claim Discount.
Semakin tinggi NCD , semakin murah kos Insurans anda.
Lepastu, macam mana nak dapatkan NCD tinggi? Senang ja, jangan buat Claim Insurans, dan NCD akan naik tiap-tiap tahun seperti dalam gambar

Cara Tukar NCD dari kereta lama ke kereta baru

Langkah 1: Masa anda beli Insurans kereta baru, cuba semak adakah anda ada NCD tertinggal di kereta lama anda.
Langkah 2: Kalau Insurans lama masih aktif, anda sama ada boleh buat Cancellation Insurance (kalau kereta lama sudah jual) ataupun Withdraw NCD (kereta lama masih dipakai)
Langkah 3: Anda boleh minta ejen insurans anda tolong membuat pindaan NCD (Transfer NCD) dari kereta lama ke kereta baru anda.

Boleh jimat berapa dengan pemindahan NCD Insurans kereta?

Contoh situasi berikut : Anda mempunyai kereta Perodua Myvi berusia 5 tahun, dan bercadang untuk membeli Honda Civic baru tanpa menjual kereta lama.



Selepas perbandingan, dengan permindahan NCD 55% dari kereta lama ke kereta baru boleh menjimatkan sehingga ribuan ringgit untuk insurans kereta anda.

***********************************************************
🔥Nak Renew Roadtax??? Dapatkan SEBUT HARGA PERCUMA anda sekarang:

📱Whatapps:012-4089393

GET FREE QUOTE


🏛️Pejabat HQ
No 5, Taman Seri Belida, Jalan Suka Menanti, 05150 Alor Setar Kedah

🏛️Pejabat Alor Setar
No 82, Kedai Perumahaan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar Kedah
☏Telephone : 04-7309393

🏛️Pejabat Sungai Petani
No 143, Taman Ria Jaya, Jln Kelab Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani Kedah. (sebaris dgn Maybank Tmn Ria Jaya)
☏Telephone : 04-4422393

🖥️Website: www.tkthank.com.my
Go to About Us to explore more
Or click below to renew road tax
About Us
Renew Roadtax